TERRKINI

VIRAL

PENDAPAT

ISU

DIARI

AGAMA

Thursday, 18 January 2018

Agama seperti Hindu, Buddha sungguh berasal dari Islam [Bah. 1]

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Thursday, 18 January 2018     08:09     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

AGAMA 'CIPTAAN MANUSIA ' SEPERTI HINDU, BUDDHA JUGA ASALNYA DARI ALLAH [BAHAGIAN 1]

Gambar Ihsan (KLIK SINI)


Tidak mustahil agama-agama utama selain agama Ibrahimiyah (agama samawi; Islam, Yahudi dan Kristian) yang dianuti sebilangan besar masyarakat di dunia pada hari ini khususnya Hindu dan Buddha pada asalnya merupakan agama yang menyembah Allah s.w.t.

Diceritakan bahawa dalam kitab suci agama Hindu serta Buddha umpamanya ada meramalkan mengenai pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.. Perkara ini sudah menimbulkan persoalan kepada saya yang mendengar dakwaan ini sejak berada di bangku sekolah di mana ketika itu saya terbaca buku yang diterbitkan satu pertubuhan Islam yang khusus menjalankan dakwah jalanan secara perbandingan agama. Kalau tak dalah saya, ilmuan bernama Dr. Danial Zainal Abidin mengakui perkara itu.

Ianya dikuatkan lagi dengan dakwaan tokoh perbandingan agama masa kini. Dr. Zakir Naek yang sering berpidato mengenai persamaan antara agama Islam dengan Hindu dengan maksud ingin berdakwah kepada penganut Hindu agar menganut Islam. Dalam syarahannya turut mengakui pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. sudah diramalkan dalam kitab Veda yang menjadi kitab suci tertinggi dalam agama Hindu.

Dari situ timbul persoalan, bagaimana sebuah agama yang bukan berasal dari langit (agama samawi) seperti tiga agama Ibrahimiyah berkenaan (Islam, Yahudi, Kristian (Nasrani)) atau secara mudah dikatakans ebagai AGAMA CIPTAAN MANUSIA dapat meramalkan sesuatu perkara yang benar-benar akan terjadi iaitu pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa rahmat kepada sekalian alam melainkan agama berkenaan juga diturunkan dari langit oleh Allah Jalla Wa'ala.

Tambahan pula terdapat beberapa teori yang mendakwa sosok seperti Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha sebenarnya merupakan Nabi Zulkifli dalam keyakinan penganut Islam biarpun terdapat pihak yang membantah. Tidak cukup dengan itu sejarah juga mencatatkan bahawa dewa yang disembah oleh bangsa Kanaan yang mendiami Palestin sebelum pendudukan Bani Israel bernama Elyon di mana terdapat persamaan sebutan pada kalimah "El" yang merupakan kata nama bagi tuhan dalam agama Yahudi, yang merujuk kepada Allah. Elyon kebiasaanya diterjemah sebagai "Tuhan yang Maha Tinggi" biarpun ia merupakan nama sebuah patung berhala.

Apa nak dihairankan apabila situasi sama turut terjadi kepada masyarakat pagan Arab yang menyembah berhala di sisi Kaabah. Antara berhala terkenal yang disembah masyarakat Arab jahiliyah adalah Latta, Uzza, dan Manat yang dikatakan sebagai anak perempuan Allah (maha suci Allah dari beranak dan diperanakkan) di mana Allah juga digambarkan dalam bentuk berhala dengan nama 'Hubal' (walaupun sebahagian berpendapat Hubal hanya berperanan sebagai penghubung antara peminta hajat/ doa dengan Allah (Ilah, El, Elohim, dan seumpamanya.)

Penyembahan berhala di Kaabah sebelum kedatangan Islam masih mengekalkan beberapa sosok salih termasuk Nabi Ibrahim dan Ismail. Sebuah hadith menceceritakan:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رَأَى الصُّوَرَ فِي الْبَيْتِ لَمْ يَدْخُلْ حَتَّى أَمَرَ بِهَا فَمُحِيَتْ وَرَأَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ عَلَيْهِمَا السَّلَام بِأَيْدِيهِمَا الْأَزْلَامُ فَقَالَ قَاتَلَهُمْ اللَّهُ وَاللَّهِ إِنْ اسْتَقْسَمَا بِالْأَزْلَامِ قَطُّ
Dari Ibnu 'Abbas R.A., bahawa ketika Nabi S.A.W. melihat adanya patung di dalam al-Bait (Ka'bah), baginda tidak memasukinya hingga baginda perintahkan agar ia dibersihkan. Lalu baginda melihat ada patung Nabi Ibrahim dan Isma'il yang pada tangan keduanya terdapat azlam (anak panah), maka baginda bersabda: "Semoga Allah membinasakan mereka. Demi Allah keduanya sama sekali tidak pernah (mengajarkan) mengundi nasib (dengan melempar anak panah) ". [H.R. Al-Bukhari].

Jangan kita terkejut bahawa tafsiran ulama' mengenai beberapa ayat Al-Quran juga membuktikan bahawa berhala yang disembah biasanya bermula dengan sikap melampau dalam mengagukan seseorang yang dianggap sebagai salih dan ianya telah berlaku kepada umat Kristian apabila menyembah Nabi Isa a.s..

Sebuah hadith menerangkan berkenaan firman Allah mengenai sesembahan masyarakat Arab Jahiliyah terhadap beberapa berhala sebagaimana dinyatakan dalam surah Nuh (surah ke-71) ayat ke-23:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاصَارَتْ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنْ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمْ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ
Dari Ibnu Abbas R.A., bahawa (katanya; "Berhala-berhala yang dahulu diagungkan oleh kaum Nabi Nuh, di kemudian hari tersebar dalam kalangan bangsa 'Arab. Wadd menjadi berhala untuk kaum Kalb di Daumah Al Jandal. Suwa' untuk Bani Hudzail. Yaquts untuk Murad dan Bani Ghuthaif di Jauf tepatnya di Saba`. Adapun Ya'uq adalah untuk Bani Hamdan. Sedangkan Nashr untuk Himyar keluarga Dzul Kala'. Itulah nama-nama orang Shalih dari kaum Nabi Nuh. Ketika mereka wafat, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk mendirikan berhala pada majlis mereka dan menamakannya dengan nama-nama mereka. Maka mereka pun melakukan hal itu, dan saat itu berhala-berhala itu belum disembah sehinggalah mereka wafat. Sesudah itu (setelah berlalu generasi), setelah ilmu tiada, maka berhala-berhala itu pun disembah." [H.R. Al-Bukhari].

Antara dewa terkenal yang disembah masyarakat Arab Jahiliyah iaitu (dari kiri) 'Uzza, Latta, dan Manat. Gambah Ihsan (KLIK SINI)


Dari situ, hipotesis saya adalah sebagaimana kaum pagan (penyembah berhala) dalam kalangan masyarakat Arab, tidak mustahil agama-agama utama di dunia sekarang yang masih menyembah berhala (patung) seperti Hindu dan Buddha juga pada asalnya merupakan agama tauhid yang menyembah dan mengesakan Allah namun disebabkan kejahatan tangan-tangan pembesar dalam dalam agama mereka justeru membuatkan agama berkenaan terseleweng dari landasan sebenar.

Demikianlah yang pada keyakinan kita sebagai seorang Muslim (beragama Islam) melihat penyelewengan seumpama itu telah berlaku kepada dua agama Samawi yakni Kristian dan Yahudi yang terkenal dengan kegiatan menyeleweng isi kitab Taurat dan Injil hingga akhirnya tiada lagi konsep mengesakan Allah, atu dalam sebutan mereka El, Elohim, Yahweh.

Sekiranya teori atau hypothesis ini menemui kebenaran, maka akan lebih mudah umat Islam menyampaikan seruan Islam kepada penganut agama yang berkenaan supaya mereka dapat nampak bahawa Islam bukanlah satu agama baharu yang ingin mengatasi agama-agama lain melainkan Islam hanya datang bagi memurnikan ajaran asal yang bebas dari segala bentuk penylewengan oleh 'golongan agama kelas atasan'.

Penyelewengan sebegini tidak hanya terhad kepada agama selain Islam semata-mata, malah turut terjadi kepada agama Islam itu sendiri tatkala kita melihat begitu banyak ajaran sesat yang muncul dengan mengatasnamakan ajaran Islam, hasil perbuatan tokok-tambah dalam beragama yang disebut sebagai 'bid'ah'

Wallahua'lam.

PS: Hipothesis dibuat hanya berdasarkan pembacaan penulis semata-mata yang mungkin tidak lari dengan cacat-cela. Oleh itu sesiapa sahaja berkebolehan menyanggah teori atau hipothesis ini dengan hujah yang lebih konkrit dan lebih terbukti kesahihannya.

Bersambung dalam penulisan akan datang InsyaAllah.

Wednesday, 17 January 2018

Sebab kenapa orang Melayu dulu guna keris, pedang walau sudah ada senapang lawan penjajah

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Wednesday, 17 January 2018     09:31     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyaini Sufian Suri

Gambar hiasan Ihsan (klik sini)


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebabnya  pahlawan Melayu dulu-dulu lebih suka menggunakan keris, lembing, parang dan sebagainya sewaktu bertempur dengan penjajah yang menggunakan senapang, pistol dan meriam walaupun orang Melayu di waktu itu juga mempunyai senapang dan meriam?

Sesetengah orang kata orang Melayu dulu kata memang ketinggalan dan sebab itu mereka tiada senjata yang boleh menyerang dari jarak jauh seperti senapang. Siapa kata? Bukankah orang Melayu dahulu terkenal sebagai pelayar dengan pembuatan kapal.

Mustahillah kalau masyarakat Melayu kuno mampu bina kapal namun tak mampu buat senapang. Sedangkan di zaman penentangan penjajah yang bermula sewaktu era Kesultanan Melayu Melaka, meriam telahpun wujud dan digunakan oleh orang Melayu.

Bagaimana mungkin konsep senapang yang menyerang dari jarak jauh menggunakan kekuatan momentum letupan sebagaimana meriam tidak pernah terfikir dalam benak orang Melayu di waktu itu sedangkan mereka pun menggunakan meriam?

Jawapannya sebab senapang dan pistol pada zaman dulu tak sama dengan senapang dan pistol di zaman sekarang. Zaman dulu senapangnya sekali tembak kemudian harus 'reload' 'jolok-jolok' untuk tembakan kedua dan seterusnya di mana tempoh 'reload' itu mengambil masa yang agak lama.

Zaman sekarang senapang dan pistol semuanya full auto atau semi-auto. Sekali 'reload' boleh tembak 7 das (bagi jenis Desert Eagle), 8 (Walther), 14 (Beretta) dan sebagainya.

Cuba bayangkan kalau senapang yang menggunakan katrij 'jolok-jolok' itu tembak sekali kemudian peluru tersasar. Demikianlah menjelaskan mengapa pendekar-pendekar Melayu lebih gemar menggunakan keris, parang, lembung, tombak dan sebagainya sewaktu bertempur dengan penjajah yang menggunakan senjata api khususnya dalam tempur jarak dekat.

Sebab itulah senapang yang digunakan penjajah pada zaman dulu ada disertakan bilah pisau di bahagian muncungnya, sebab kalau tak sempat 'reload' akibat peluru tersasar, mereka boleh bertempur menggunakan bilahan pisau yang dilekatkan dengan senapang itu.



Monday, 15 January 2018

Maulid Nabi tiada beza dengan sambutan Krismas?

Admin inteleaks     Monday, 15 January 2018     03:30     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar Ihsan Wikipedia


Setelah melakukan sedikit semakan, nyatalah bahawa sambutan Krismas tidak banyak bezanya dengan sambutan Maulid Nabi Muhammad S.A.W..

Ia kerana kedua-duanya merupakan sambutan hari kelahiran dua Nabi yang dimuliakan bagi umat Islam walaupun penganut Kristian tidak memuliakan Nabi Muhammad s.a.w..

Di sana terdapat juga persamaan dari segi perbezaan untuk menentukan tarikh sebenar kelahiran bagi kedua-dua Nabi terbabit.

Dikatakan bahawa sebetulnya Nabi Isa atau Jesus Christ dilahirkan pada tanggal malam 24 Disember, berikutan agama Kristian tidak menggunakan kalendar lunar (kalendar berasaskan pererdaran bulan), sebaliknya menggunakan kalendar matahari yang memisahkan sesuatu hari pada detik 12 tengah malam.

Disebabkan itu juga penganut Kristian lebih memeriahkan sambutan makan malam bersempena Krismas yamg dipanggil 'Christmas Eve".

Malah dikatakan di sesetengah negara, Krismas disambut pada tarikh yang berbeza menjangkau pada bulan Januari, bahkan sesetngah darinya menjadikan sambutan berkenaan menjangkau 12 hari selepas tanggal 25 Disember yang membawa simbolik kepada 12 sahabat setia Nabi Isa (12 Jesus disciples) atau dalam Islam digelar 'Hawariyun'.

Ulama' Islam juga berbeza pendapat dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat mahsur menyatakan 12 Rabi'ul Awal, maka sesetengah pendapat lain ada yang menyatakan iainya pada 9 Rabi'ul Awal memandangkan hari Isnin yang disepakati sebagai hari kelahiran Nabi s.a.w. jatuh pada tarikh 9 haribulan bagi minggu yang dimaksudkan. Sesetengahnya pula berpendapat hari Isnin jatuh pada 10 haribulan.

Selain itu terdapat persamaan dari sudut perayaan berkenaan yang tidak disambut oleh sahabat kepada empunya badan mahupun empunya badan sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w. serta Nabi Isa a.s.

Sebagaimana yang kita maklum, perayaan maulid (kelahiran) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah disambut secara tahunan pada zaman hayat Nabi s.a.w. bahkan menjangkau 400 tahun setelah itu.

Ia hanya mula diraikan secara besar-besaran sewaktu kerajaan Syiah Fathimiah yang bertapak di Mesir memulakannya dan kian diikuti oleh majoriti umat Islam sehingga kini.

Perkara serupa juga terjadi pada sambutan Krismas tatkala tidak ada ajaran bahkan perkataan 'Christmas' yang terdapat di dalam kitab Bible.

Sebaliknya perayaan berkenaan (Christmas) hanya dimulakan sewaktu pemerintahan Saint Constantine iaitu 300 tahun selepas Masihi, atau lebih tepat kira-kira 270 tahun selepas Jesus 'disalib' atau diangkat ke langit, mengikut kepercayaan penganut Islam.

Sejarah sambutannya (Krismas) dikatakan berpunca dari amalan bangsa atau empayar Rom yang pada awalnya beragama pagan yang menyembah manusia (baca: berhala) sebelum 'sinar' Kristian menakluki empayar mereka.

Disebabkan proses asimilasi agama itu, maka kepercayaan lama dalam agama pagan terbabit masih lagi terpahat di hati pemerintah empayar Rom yang berpusat di Konstantinople ketika itu dan di antaranya termasuklah meraikan kelahiran seorang dewa bernama Mithras yang dikatakan lahir bertepatan 25 Disember selain dianggap seagai dewa matahari.

Sehingga sekarang pengagungan agama Kristian kepada matahari dapat dilihat jelas dengan penggunaan kalendar solar yang mengikut peredaran matahari, selain simbol matahari jelas kelihatan pada setiap gambar Jesus yang terdapat di setiap gereja penganut Kristian.

Sedangkan agama Kristian lahir dari saki-baki peninggalan ajaran yang diwarisi nabi-nabi berbangsa (Bani) Israil yang seharusnya menyamai ajaran agama samawi sebelum itu iaitu Yahudi yang menggunakan kalendar lunar (qamariyah) sebagaimana agama Islam.

PS: Mungkin ada kesilapan fakta yang dikemukakan di atas, namun tidak salah untuk sama-sama kita meneliti sejarah agar kita tidak mudah ditipu.

Monday, 30 October 2017

PAS tak letak harapan tinggi pada calon

Admin inteleaks     Monday, 30 October 2017     02:17     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Gambar Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (dua dari kiri) bersama pimpinan PAS di peringkat negeri Perak ketika melafazkan ikrar selepas merasmikan penutupan Ijtimak Pilihanraya PAS Perak 2.0 di sini, kelmarin



KUALA KANGSAR: PAS tidak meletakkan harapan tinggi kepada calon yang diletakkan parti itu berbanding  mengharapkan kebersamaan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14)  nanti.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata kekuatan dan kebersamaan jentera sama ada sebelum mahupun sesudah pilihanraya merupakan kunci utama kemenangan biarpun menyedari kelemahan yang terdapat pada calon terbabit.

“Faktor calon menyumbang sedikit sangat (kepada kemenangan), (sebaliknya) kebersamaan dan ukhwah sesama jentera yang paling penting memandangkan pemimpin di peringkat atasan tidak bermakna tanpa kerja keras ahli bawahan dan jenteranya.

“Ahli PAS juga harus terima kenyataan atas prinsip dengar dan patuh terhadap keputusan pimpinan teratas yang meletakkan calon biarpun mungkin calon berkenaan payah untuk mereka terima,” katanya di hadapan 5,000 hadirin dalam ucapan penutup Ijtimak Pilihanraya PAS Perak 2.0 di sini, kelmarin.

Turut hadir  dan Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri, Mustafa Abdul Wahab.

Katanya lagi, PAS yakin mampu memerintah Perak dengan baik berbanding Kelantan biarpun dianggap miskin berikutan kekayaan sumber asli di negeri ini melebihi di Kelantan.

“Walaupun bajet tahunan kerajaan negeri Kelantan hanya sekitar RM600 juta, namun PAS Kelantan dapat bertahan sejak 27 tahun lalu memandangkan tumpuan lebih banyak diberi kepada usaha membangunkan modal insan.

“Justeru dengan kekayaan hasil bumi di Perak seperti bijih timah, dan balak, kita yakin mampu mentadbir negeri ini dengan lebih baik, tamabahan pula banyak idea dari kerajaan Kelantan seperti penerapan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) kepada yang ditiru oleh kerajaan pusat yang menyerupai Maahad Tahfiz Sains (MTS) di Kelantan ,” katanya.

<iframe src="http://blogger.orangperak.com?bota" style="border:none;width:100%;height:320px" scrolling="no"></iframe>

Monday, 14 August 2017

Mufti Perlis tidak tetap pendirian isu boikot Yahudi- Ulama Muda UMNO

Admin inteleaks     Monday, 14 August 2017     07:58     No comments
 Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

zulsyambhkk@gmail.com



KUALA KANGSAR: Kewibawaan mufti Perlis sekali lagi menjadi pertikaian baru-baru ini apabila beliau memuatnaik kenyataan menerusi laman Facebooknya yang dilihat berterima kasih kepada rangkaian restoran makanan segera Mc Donald's

Menerusi laman Facebook-nya yang bertarikh 9 Ogos 2017, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) berterima kasih kepada beberapa penyumbang termasuk syarikat milik non-Muslim termasuk Mc Donald's kepada Program Jalinan Syawal Kasih Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membabitkan 200 anak yatim.

"Juga terima kasih buat beberapa penyumbang termasuk syarikat-syarikat milik milik Non-Muslim seperti CMart dan Mc Donald's," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan seruan boikot barangan keluaran Yahudi dan Israel yang dilaungkannya beberapa tahun lalu selain menggambarkan golongan yang menolak seruan boikot sebagai 'Syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah umat ini



"Sesiapa yang menyatakan tiada jihad di Palestin dan memboikot barangan Yahudi itu satu kebodohan dia sebenarnya syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah umat ini," katanya dalam satu kenyataan bertarikh 11 Julai 2014.

Menurut sumber berkata Asri merujuk gelaran terbabit khas buat salah seorang ahli majlis Syura Pertubuhan Ilmuan Malayisa (ILMU) atau juga dikenali sebagai Ulama Muda UMNO iaitu (ustaz) Idris Sulaiman yang dikaitkan dengan penolakan seruan boikot terbabit.

Sementara itu menerusi status di laman Facebook-nya baru-baru ini, Idris mempersoalkan kewibawaan mufti Perlis itu yang dilihat sebagai seorang yang tidak tetap pendirian dengan fatwanya.

"Adakah beliau (Dr MAZA) sudah menarik pendirian awalnya kerana ternyata bahawa ia  (boikot) tidak memberi kesan yang sepatutnya, sebaliknya lebih memudaratkan masyarakat Islam sendiri yang bergantung kepada perniagaan ini sebagai sumber pendapatan mereka.

"Diharapkan beliau dapat memberi respon kerana (saya) khuatir label 'syaitan Israel' (itu) akan kembali kepadanya sendiri," katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber asal berita yang ditulis berdasarkan kenyataan Idris Sulaiman : https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10211820206412440

Saturday, 12 August 2017

Mengapa mesti berbulan madu dalam negara berbanding negara luar?

Admin inteleaks     Saturday, 12 August 2017     09:35     No comments
 Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar Hiasan. Kredit Gambar: Go Visit Redang


Kadangkala saya merasakan pasangan yang berbulan madu di luar negara telah melakukan satu pembaziran lagi sia-sia.

Ia kerana kebiasaanya kita tidak mahu mengunjungi negara sama yang telah kita lawati, apatah lagi memandangkan ianya memerlukan kos ribuan ringgit untuk berkunjung ke sana.

Kita akan fikir daripada berkunjung ke tempat sama, lebih baik menghabiskan duit untuk ke negara yang belum pernah dilawati pula.

Sedangkan bulan madu mempunyai fungsi tersendiri selain daripada sekadar menghadirkan privasi kepada pasangan baharu berkahwin.iaitu bagi menghadirkan memori indah bagi dikenang sepanjang hayat.

Contohnya apabila usia perkahwinan melangkaui beberapa malah puluhan tahun, kita dan pasangan boleh pergi semula ke lokasi tempat berbulan madu terbabit untuk mengembalikan atau mengimbau memori lama yang dianggap begitu manis.

Kebiasaanya perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya lokasi berbulan madu adalah dalam negara sendiri, ataupun tempat yang mudah lagi murah untuk dikunjungi semula, apatah lagi setelah menimang ramai cahaya mata yang kelak membebankan lagi kos untuk ke lokasi berkenaan secara beramai-ramai.

Pada aku, perkara paling penting dalam berbulan madu bukanlah diukur kepada semewah dan sejauh mana lokasi berkenaan, namun cukup sekadar ianya berupaya meninggalkan memori bersama yang tersayang selain menghadirkan privasi.

Pemilihan tempat pula mestilah di lokasi yang mendamaikan atau membawa ketenangan selain dapat menghayati keindahan panorama dan ia tidak semestinya memerlukan kita membazir sampai ingin ke luar negara.

Apatah lagi terdapat pendapat dari sebahagian ulama' yang melarang kita berkunjung ke negara orang kafir (daulah kuffar) tanpa alasan yang syar'ie termasuk berbulan madu, malah ada dalam kalangan mereka menyamakan perbuatan bulan madu sebagai perbuatan yang menyerupai orang kafir yang sememangnya dilarang.

Antara sebabnya sebagaimana dimaklumi di sana belum tentu kita dapat melaksanakan syariat Islam secara sempurna, selain terdedah dengan godaan termasuk penampakan aurat berlawanan jantina yang begitu mencolok mata yang seterusnya membawa kepada keinginan melakukan maksiat yang lebih besar, keinginan merasai sesuatu yang haram atas alasan belum pernah dicuba, dan sebagainya.

Bagaimanapun aku menolak pandangan yang menyamakan (tasyabbuh) perbuatan itu dengan kebiasaan orang kafir memandangkan perbuatan yang dilakukan itu adalah bersebab dan bakal mendatangkan manfaat besar kepada pasangan di kemudian hari.

Jadi sekiranya anda telah atau baharu berkahwin, masihkan anda berbelanja habis semata-mata untuk mahu berbulan madu di negara luar?

Kalau saya, cukup sekadar dalam negara bahkan sekiranya lokasinya kurang dua marhalah daripada rumah, asalkan saya dapat mencipta satu memori baharu yang mampu dan dapat sering diimbau kembali bersama pasangan.

Friday, 11 August 2017

Repoter jangan tunjuk belang pada orang 'bawahan'

Admin inteleaks     Friday, 11 August 2017     05:41     No comments
 Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kredit gambar: Google (Suara TV)

 
KUALA KANGSAR, JUMAAT, 11 Ogos 2017- Walaupun tak sempat berjumpa dengan 'client' sebenar hari ini, namun pengalaman hari ini mengajar aku bahawa sebagai repoter (wartawan) kita tak boleh hanya ingin berurusan dengan orang atasan lalu meminggirkan mereka yang berada di bawah memandangkan kononnya golongan repoter ini selalunya berurusan dengan VIP, Datuk-datuk sri, Tan Sri, YB, dan sebagainya.

Asalnya pada hari ini aku ingin berjumpa bagi menemubual seorang pemilik bisnes. Sebagaimana kebiasaan aku merupakan seorang yang jenis 'main redah' tanpa suka buat temujanji awal dan kebetulan hanya ada seorang pekerja bawahan di premis tempat aku berkunjung manakala pemiliknya ada hal di luar.

Pendekkan cerita sempat jugalah pekerja bawahan berkenaan yang juga seorang ibu tunggal bercerita mengenai keperitan dialaminya selepas terbabit kemalangan hingga pernah memaksanya menjadi gelandangan di kampung sendiri setelah nasibnya tidak terbela oleh badan agensi keselamatan yang dianggotainya.

Dalam pada itu sempat jugalah kami berbual sambil dia sendiri yang menawarkan kepada aku bagi membolehkan dia mengenalkan kepadaku seorang berpangkat guru yang melazimi kerja-kerja kebajikan membantu golongan kesusahan tanpa mendambakan publisiti dan pujaan.

Dengan itu aku fikir ia dapat membolehkan kerja aku lebih senang pada masa akan datang dalam memperoleh info bagi dijadikan bahan berita, sekaligus dapat membantu mereka yang dalam kesusahan terutamanya dalam mendapatkan publisiti media.

Walaupun agak banyak berita yang aku tulis sebelum ini khususnya mengenai nasib malang yang menimpa individu tertentu tidak diterbitkan, namun dari hari ke hari aku sentiasa dapat belajar di mana silap dan kekurangannya bagi diperbaiki hari ke hari.

Alhamdulillah biarpun begitu terdapat dalam kalangan mereka yang sedia memahami bahawa tidak semua berita yang ditulis walaupun oleh kakitangan tetap bagi sesetengah agensi berita mesti diterbitkan dan mereka akur serta tidak berputus asa daripada terus memanggil kami untuk melaporkan berita yang akan datang.

Jadi berbalik kepada perkara pertama tadi, sebenarnya sebagai repoter tdak ada apa yang perlu dilagakkan kerana mana-mana agensi berita juga memerlukan bahan berita daripada orang ramai daripada orang teratas hinggalah sebawah-bawahnya bagi menjual akhbar atau paparan berita.

Pun begitu daripada aduan sesetngah orang yang aku jumpa yang mendakwa terdapat juga repoter yang mengambil kesempatan dengan meminta wang sebagai upah bagi membolehkan orang yang ditemubual berkenenaan mendapat publisiti.

Perkara itu bukan sahaja melanggar etika kemanusiaan, malah secara tidak langsung menjatuhkan maruah pelakunya memandangkan terdapat dalam kalangan orang yang ditemubual sangat memahami selok-belok dunia media. Kadangkala kita tidak tahu sebelum orang itu membuka perniagaan, mungkin beliau pernah berkhidmat di mana-mana agensi media termasuk sebagai wartawan majalah.

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.